PARIT BUNTAR 16 April–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50MW di Parit Buntar, Daerah Kerian hari ini.
Perasmian ladang solar oleh Asiabina ini adalah langkah awal menjadikan Daerah Kerian sebagai hab pembangunan teknologi tinggi dan hijau sebagaimana rancangan kerajaan dalam membangunkan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di daerah ini.