JOHOR BAHRU 16 April–Menteri Besar johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima kunjungan dari LEGOLAND Malaysia dan Merlin Entertainments yang merupakan peneraju destinasi hiburan yang telah mengendalikan pelbagai taman tema hiburan terkenal dunia.
Bagi membantu anak-anak Bangsa Johor mengembangkan ilmu pengetahuan dalam sektor pelancongan, pihak LEGOLAND Malaysia bersedia untuk mengambil pelajar-pelajar dari Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) untuk latihan praktikal atau “internship”.