AYER KEROH ,13 April – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meraikan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan isteri, YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Seri Bendahara, malam tadi.