Sambutlah Aidilfitri 1445H Dengan Sebaik Mungkin Perancangan – Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 13 April – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berharap umat Islam yang balik ke destinasi masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri ini untuk merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya.

Beliau berkata pemeriksaan kenderaan juga sangat penting bagi memastikan kenderaan dinaiki kelak berada dalam keadaan baik.

“Bagi mereka yang akan balik beraya di kampung dan balik  semula ke bandar nasihat saya memandu elok-elok.

“Buat perancangan sebaik mungkin, periksa kenderaan dan yang paling penting semasa memandu ingat mereka yang tersayang yang menanti anda di kampung halaman. Berhati-hati di jalan raya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Paya Besar dalam pada itu turut sama turut berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri ini perlu diraikan dengan kesyukuran atas kesempatan dapat bersama dengan keluarga yang tersayang.

“Bagi rakyat Malaysia dan ahli UMNO yang berada di pelusuk tanah air dan bagi rakyat yang berada di Parlimen Paya Besar, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri,” ujar beliau.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan pengguna lebuh raya Utara Selatan (PLUS) digalakkan untuk merancang perjalanan dengan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) dengan memuat turun aplikasi digital MyPLUS-TTA.

Beliau berkata menerusi aplikasi ini, pengguna lebuh raya dapat memilih waktu perjalanan berdasarkan plaza tol masuk dan plaza tol keluar dan memilih waktu perjalanan yang bersesuaian.

Nanta berkata, bagi mengurangkan kesesakan semasa Aidilfitri ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS yang telah dikenal pasti berlaku kesesakan kritikal bagi memastikan aliran trafik yang lebih lancar. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.