UMNO Penyatu Pelbagai Etnik Bumiputera Sabah, Tolak Dakwaan Parti Ekstrim – Maizatul Akmam

LAHAD DATU, 9 April – UMNO telah bertapak di Sabah selama 33 tahun, dan secara umumnya dalam usia tersebut kehadiran ke negeri ini telah diterima pelbagai kaum.

Bendahari Wanita UMNO Malaysia, Datin Maizatul Akmam Alawi berkata, ini terbukti keahlian UMNO di Sabah dari sejak awal lagi sehingga kini terdiri daripada pelbagai suku, termasuk sebahagianya kelompok Sino-Kadazan dan memimpin beberapa bahagian UMNO di Sabah .

“Ini jelas menunjukkan UMNO diterima oleh pelbagai kaum di Sabah maka tidak timbul isu UMNO mengamalkan budaya rasis dan dilebalkan sebagai parti yang ekstremis sebagaimana yang didakawa beberapa individu di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas program Kembara Ramadan Ziarah Kasih di Kampung Damai dekat sini kelmarin.

Maizatul yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) petagas, Datuk James Ligunjang yang mengaitkan kes KK Mart dengan UMNO dan melabelkannya sebagai parti ekstremis malah mengajak rakyat Sabah menolak UMNO.

“ Dalam isu penghinaan dan mempersendakan Islam termasuk kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, sudah tentu UMNO tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja yang mempersendakan Islam, namun dalam Kes KK Mart semua pihak telah menyerahkan kepada pihak keselamatan untuk mengambil tindakan justeru semua pihak perlu berhenti membuat kenyataan dan provokasi yang mengaitkan UMNO sebagai parti ekstremis kerana boleh menjejaskan kearmonian masyarakat berbilang-bilang kaum dan agama,” katanya.

Maizatul menambah, kelompok pelbagai suku dan bukan Islam negeri ini semakin yakin dengan kemampuan UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk membawa kemakmuran kepada rakyat malah mereka semakin matang dan tidak lagi sangsi berbanding pada awal kedatangannya di Sabah.
“Kerana itulah ada beberapa pihak tidak senang hati dengan melabelkan pelbagai andaian negatif kepada UMNO dengan tujuan untuk menjejaskan imej serta kekuatan UMNO di negeri ini.”

Dalam perkembangan berkaitan Maizatul mengajak umat Islam agar menjadikan bulan Ramdan sebagai bulan pengukuh kasih sayang dan merapatkan semangat perpaduan.

“Dibulan yang penuh rahmat ini, tidak semua berpeluang mengerjakan ibadah puasa apalagi menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri dalam keadaan serba lengkap, justeru yang berkemampuan akan tampil membantu mereka yang kurang berkemampuan iaitu budaya ini merupakan amalan murni yang akan dapat memperkukuhkan hubungan kasih sayang antara satu sama lain,” katanya.

Maizatul berkata walaupun masyarakat Malaysia menganut agama tidak sama, tetapi masih menghargai perbezaan dan mencipta impian sama yang ingin melihat negara terus aman makmur dan membangun.

“Di sebalik perbezaan, kita masih boleh berkongsi apa yang ada. Semuanya direalisasikan menerusi toleransi sebagai contoh konsep rumah terbuka Aidilfitri. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menggunakan setiap peluang yang ada bagi memperkukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti membabitkan semua kaum,” katanya.

Tambah Maizatul usaha gigih semua pihak bagi menggalakkan budaya keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan negara perlu diteruskan dengan menolak perbuatan segelintir pihak yang cuba mengapi-apikan pelbagai isu yang boleh menjejaskan hubungan harmoni rakyat hanya kerana demi kepentingan politik mereka.

Turut Serta dalam program tersebut Ketua Wanita bahagian Lahad ,Datuk Roanie Rafeal; Setiausaha Wanita, Atie Rafael; Setiausaha Kerja dan Ahli Jawatan kuasa Bahagian, Sya Abd Rifai. – UMNO Online

Oleh: Jaafar Abd Wahid

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.