Sambutlah Aidilfitri Dengan Penuh Hikmah Dan Syukur – Hafiz Ariffin

https://youtu.be/FsNYKYlcSuU

KUALA LUMPUR, 8 April – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berharap Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi diraikan dengan penuh semangat  kekeluargaan  antara satu sama lain dalam usaha menyuburkan lagi suasana muhibbah.

Kata beliau raikanlah Aidilfitri dengan sebaiknya dan penuh hikmah dalam usaha memastikan hubungan yang sedia terjalin dapat diperkukuhkan.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga UMNO dan khasnya kepada ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

“Saya juga ingin mengucapkan semoga selamat dalam perjalanan, raikan suasana raya ini dengan penuh hikmah dan kasih sayang bersama keluarga yang tercinta.

“Selamat pulang ke kampung halaman dan sekali lagi Salam Lebaran, Salam Aidilfitri,” katanya.

Katanya lagi dalam keadaan masing-masing menyambut Aidilfitri, jangan dilupakan mereka yang kurang berkemampuan.

“Sama-samalah kita santuni mereka sebaiknya dan kita raikan bersama-sama kedatangan Aidilfitri dengan penuh rasa syukur kehadrat Ilahi,” tambahnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.