Nurul Amal Ucap Selamat Hari Raya, Seru Perantau Memandu Secara Berhemah

KUALA LUMPUR, 8 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menyeru para perantau untuk memandu secara berhemah supaya selamat sampai ke destinasi pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Beliau turut berharap agar segala amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan dirahmati dan dipermudahkan.

“Kepada semua ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

“Saya ingin berpesan kepada semua perantau yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing supaya memandu dengan berhemah dan selamat sampai ke destinasi.

“Saya juga mendoakan semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadan lalu dirahmati dan dipermudahkan segala-galanya. Insya-Allah,” katanya kepada UMNO Online.

Umat Islam di seluruh negara dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024 selepas sebulan melalui bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Untuk itu, kerajaan telah menyediakan kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 April.

Di samping itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 2.1 juta kenderaan sehari menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya pada hari puncak sempena cuti perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebaiknya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit