Ihya Ramadan: Pemuda dan Puteri UMNO Sungai Buloh Santuni Pemandu E-Hailing

KUALA LUMPUR, 5 April – Bersempena bulan Ramadan, Pergerakan Pemuda bersama Pergerakan Puteri UMNO Sungai Buloh telah menyantuni pemandu-pemandu e-hailing dalam program Ihya Ramadan Parlimen Sungai Buloh.

Program ini berlangsung selama empat hari berturut-turut di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras dan DUN Kota Damansara dengan sasaran terhadap pemandu e-hailing di kawasan terbabit.

Exco Pergerakan Puteri UMNO, Nik Zakirah Farhanis yang juga Naib Ketua Puteri Sungai Buloh memaklumkan sasaran setiap program adalah melibatkan seramai 100 penerima berupa pek makanan dan biskut raya.

Katanya, program ini mendapat sokongan penuh dari Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan kepimpinan bahagian terbabit.

Turut sama menyokong program yang dilaksana ini ialah Pengerusi Biro Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kesatuan Sekerja UMNO Malaysia Datuk Seri Sharkar Samsuddin. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit