Agong Sekali Lagi Tegaskan Perangi Rasuah Jadi Tumpuan Utama

KUALA LUMPUR, 1 April – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Seri Paduka Baginda.

Menerusi catatan di laman Facebook, Sultan Ibrahim membangkitkan perkara itu ketika berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Istana Negara pada Isnin.

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, My honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda, yang turut menyerahkan madu kepada Azam sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’.

Dalam sesi pertemuan selama hampir 30 minit itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan antara lain mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu. – Bernama

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.