Program Tahunan Wanita Segamat Raikan Komuniti Setempat – Norshida

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Program tahunan Wanita UMNO Segamat bersama komuniti setempat setiap kali datangnya bulan Ramadan memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat.

Selain mengeratkan silaturahim antara satu sama lain, program tersebut yang diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta swasta yang lain dapat membantu komuniti sebaiknya.

Bagi Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim pihaknya mengucapkan syukur kerana program Ihya Ramadan Pasaraya Billion Bubur Lambuk dan Dodol Bersama Komuniti dapat dijayakan saban tahun dan berlangsung dengan jayanya.

“Program ini adalah acara tahunan wanita bersama komuniti dan ianya berkolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang berusaha menjayakan program ini. Semoga sedikit sumbangan dari kami, dapat membantu meringankan perbelanjaan penerima, insya-Allah,” katanya kepada UMNO Online.

Kata beliau lagi tanpa kerjasama dan permuafakatan yang jitu daripada pelbagai pihak program saban tahun itu tidak akan berjalan sebaiknya.

“Semoga Allah menjadikan Ramadan kali ini yang terbaik buat kita semua. Semoga segala amalan kebaikan diangkat dan digandakan pahala … insya-Allah.

“Terima kasih tuan rumah Pasaraya Billion Taman Yayasan, Tuan Samsul ATM, Puan Mestika Ketua Balai Buloh Kasap, En Sopian, En Zharif Pegawai Risda Daerah, Cik Fatin Ketua Puteri dan semua Jawatankuasa Wanita dan komuniti yang turut hadir.

“Tanpa kalian, program ini tidak dapat digerakkan dengan jayanya. Kepada Allah berserah,” katanya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.