Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran, Amalkan Ajarannya Dalam Kehidupan Harian
KUALA LUMPUR, 27 Mac – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran.
Sehubungan itu, beliau mengajak untuk mentadabbur Al-Quran serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.
“Al-Quran adalah petunjuk bagi umat manusia, membimbing kita ke arah kebaikan dan kebenaran. Membaca dan mengamalkan Al-Quran dapat memperbaiki diri, mendalamkan kefahaman dan ilmu serta meningkatkan keimanan.
“Bersempena Nuzul Al-Quran yang dirai ini, inilah masanya untuk kita mentadabburkan Al-Quran serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.
Terdahulu beliau turut menertakan potongan Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….” – UMNO Online