JOHOR BAHRU 25 Mac–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berpeluang mengadakan sesi perjumpaan bersama Ahli Majlis Pemimpin Muda Johor (JLSC) Kohort-12 di sini hari ini.
Menerusi sesi perjumpaan kali ini, pelbagai soalan, perbincangan dan buah fikiran telah diutarakan oleh pemimpin-pemimpin muda ini. Kerajaan Negeri juga menyokong penuh penganjuran program Johor International Student Leaders Conference (JISLC) kali ke-sembilan bertemakan Digital Universe: Exploring The Cyber Cosmos yang bakal diadakan pada April 2024 nanti.