Gesa Tindakan Tegas Isu Kalimah Allah, Pemuda UMNO Junjung Kasih Titah Agong


KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjunjung kasih atas titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dan DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan kalimah Allah dan memastikan agar ia tidak berulang lagi.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh dalam kenyataan media berkata, dikala keadaan berada dalam kecelaruan, rakyat khususnya umat Islam berdukacita di atas insiden tersebut.

“Patik dan kepimpinan bersetuju bahawa
isu ini tidak boleh dipandang remeh dan tindakan tegas perlu diambil.

“Oleh demikian, titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan DYAM Tunku Mahkota amat bermakna dan penting kepada usaha memelihara kesucian, keharmonianan serta penghormatan kepada agama rasmi tanah air.

“Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dan DYAM Tunku Mahkota sekeluarga sentiasa dirahmati Allah SWT serta rakyat di bawah naungan Baginda,” katanya.

Terdahulu dilaporkan tular di media sosial berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dijual secara terbuka di rangkaian kedai runcit KK Mart. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.