Menyantuni Penghuni Rumah Ehsan Dungun

DUNGUN 17 Mac– Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyantuni penghuni Rumah Ehsan Dungun, Terengganu.
Rumah Ehsan ini mampu menempatkan seramai 120 orang penghuni dan mula beroperasi pada November 1999. Objektif penubuhan Rumah Ehsan ialah untuk memberikan rawatan dan penjagaan bagi warga emas yang uzur dan tidak berwaris agar dapat meneruskan kehidupan dalam suasana yang selesa dan tenteram.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit