JOHOR BAHRU, 17 Mac — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan replika cek Peruntukan Senggaraan 2024 kepada Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub (dua, kanan) pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM Johor Bahru hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (dua, kiri) dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnin (kanan).
JOHOR BAHRU, 17 Mac — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menunaikan solat Magrib pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM Johor Bahru hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnin.