Azalina Optimis UMNO Akan Kekal Sebagai Wadah Perjuangan

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan keyakinan bahawa UMNO akan terus kekal sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.

“Saya optimis, UMNO akan terus kekal sebagai wadah utama perjuangan orang Melayu di negara ini,” katanya.

Terdahulu beliau bersama ahli-ahli Parlimen UMNO telah menghadiri mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di bangunan Parlimen, semalam.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berbahas di Parlimen bagi menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac ini dan seramai 160 Ahli Parlimen telah selesai membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di persidangan Dewan Rakyat bermula 27 Feb. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit