SHENZHEN 5 Mac–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi Kerajaan Negeri Johor melawat muzium terkemuka di sini, iaitu Museum of Contemporary Art & Planning Exhibition (MoCAPE).
MoCAPE yang dibuka pada tahun 2016 merupakan sebahagian daripada pelan induk Shenzhen yang menjadikan Futian sebagai sebuah Daerah Kebudayaan, selain bertujuan menarik pelancong dari dalam dan luar negara ke sini.
SHENZHEN 4 Mac–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi Kerajaan Negeri Johor berkunjung hormat pemimpin utama di Shenzhen, Setiausaha Parti Komunis China, H.E. Meng Fanli.
Pertemuan ini menjurus soal kerjasama strategik antara Johor dan Shenzhen, serta berkongsi cadangan dan berbincang bagaimana langkah proaktif yang perlu diambil dalam menjayakan agenda JS-SEZ di Johor.