Ambil Bahagian Dalam Agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera, Sahut Seruan Kerajaan – Noor Hariri

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Pengerusi Lembaga Pengarah Rural Capital Berhad (RCB), Noor Hariri Mohamed Noor berkata selaku anak syarikat milikan penuh MARACorp berasa terpanggil untuk menjayakan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB).

Ini kerana katanya melalui seruan kerajaan demi memperkasakan lagi agenda TEB sebagaimana dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  dalam ucaptama perasmian Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) baru-baru ini.

“RCB memulakan inisiatif ini dengan pelaksanaan sinergi pintar bersama GiatMARA bagi menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk sasaran sifar Ali Baba bagi memperkasakan agenda TEB ini.

“Tujuan utama penyediaan dana kepada kontraktor/vendor Bumiputera ini bagi membolehkan mereka menyiapkan rumah rakyat termiskin dengan pantas tanpa kompromi dari segi kualiti binaannya.

“Dengan dana permulaan RM10 juta ini kami sasarkan 250 kontraktor Bumiputera GiatMARA akan mendapat manfaat untuk menyiapkan rumah rakyat termiskin tahun ini,” katanya.

Hariri yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas mengharapkan agar segala perancangan dapat memberi manfaat pada rakyat.

“Kami di RCB mengharapkan semoga segala perancangan yanh dibuat ini dapat memberi manfaat besar kepada rakyat termiskin khususnya.

“Dapat merancakkan lagi ekonomi di daerah masing-masing melalui pusingan modal yang dibelanjakan oleh pekerja tukang rumah dan pengusaha bahan binaan,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.