PUTRAJAYA 21 Feb–Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, TYT Ailsa Terry di sini hari ini. Telah berbincang mengenai pelbagai isu dan perkara-perkara yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara.
Salah satu darinya beliau ditawarkan untuk menjadi Pengerusi-Bersama dalam ‘Forest, Agriculture and Commodity Trade (FACT) Dialogue’ yang akan dihadiri oleh 30 buah negara, mewakili 75% daripada perdagangan global dalam agrikomoditi seluruh dunia untuk membincangkan apakah amalan terbaik, cabaran dan perbincangan tindakan yang realistik serta praktikal.