MUNICH 18 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Kanada TYT Bill Blair yang hadir bersama delegasinya di sini hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai isu dan kedinamikan aspek pertahanan termasuklah dalam soal diplomasi pertahanan, kesan perubahan iklim serta potensi dan masa depan hubungan Kanada dengan rantau ASEAN.