Ahmad Zahid Seru Ibu Bapa Manfaatkan Cuti Sekolah Bersama Program TVET GiatMARA

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah untuk memanfaatkan cuti sekolah mereka bersama program-program latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) GiatMARA.

Beliau yang juga Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam hantaran menerusi laman Facebooknya, hari ini.

“Macam-macam program telah dirancang oleh GIATMARA di pelbagai cawangan. Cuba jenguk-jenguk Facebook page GiatMARA yang terdekat, mana tahu ada yang bersesuaian dengan minat dan boleh dimanfaatkan oleh anak-anak kita. Ada juga yang terbuka untuk semua peringkat umur.

“Saya percaya dengan adanya pelbagai kemahiran sebagai pemula yang disediakan oleh GiatMARA ini mampu meningkatkan dan memperkayakan pengalaman pembelajaran kita melalui kreativiti,” katanya lagi.

Antara fokus penubuhan GiatMARA adalah bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar. Ia adalah bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.