MB Pahang Umum Penyusunan Semula Portfolio Exco Kerajaan Negeri

KUANTAN, 14 Feb – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengumumkan penyusunan semula portfolio Exco Kerajaan Negeri yang berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, ia selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai ahli Exco dan telah mengangkat sumpah di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang semalam.


“Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Exco-exco yang terlibat.

“Saya berharap dengan penyusunan semula portfolio Exco Kerajaan Negeri Pahang, pentadbiran kerajaan negeri akan lebih kemas dan mantap terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Jelas Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO, Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini telah menyusun semula portfolio melibatkan tiga Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Penyusunan semula portfolio Exco Kerajaan Negeri Pahang adalah seperti berikut:

i. Datuk Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang

ii. Ir Razali Kassim
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang

iii. Datuk Amizar Abu Adam
Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.