CAMERON HIGHLAND 9 Feb–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan Bantuan Wang Ihsan Banjir, Cek Sumbangan Kerajaan Negeri serta Bantuan Wang Ihsan Bencana Kebakaran kepada masyarakat di DUN Jelai.
Seramai 23 orang penerima atau Ketua Isi Rumah (KIR) yang melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Kuala Medang, Kampung Kuala Serau, Kampung Bukit Kota dan Kampung Bertang telah menerima Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Barangan Keperluan Asas berjumlah RM3,500 setiap seorang dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM80,500.