MELAKA, 8 Feb — Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Smart Reverse Vending Machine (RVM) sempena majlis penghargaan Anugerah Asean Clean Tourist City Standard di Dewan Taming Sari MBMB di Ayer Keroh, malam tadi.
Sebanyak empat RVM iaitu mesin layan diri kitar semula botol jenis plastik akan diletakkan di tempat tumpuan pelancong sebagai usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan amalan kitar semula.