Kementerian Pertahanan Peka Dan Prihatin, Akan Lihat Secara Menyeluruh – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementerian itu sentiasa peka dan prihatin dengan permasalahan yang dibangkitkan oleh warga berkenaan.

Menurut beliau segala keperluan dan sebagainya lagi sentiasa ditambah baik dalam usaha memastikan warga berkenaan terus mendapat perhatian serta pembelaan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan.

“Menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) yang diketuai oleh Laksamana Pertama Hj. Mohamad Imran Abd Hamid (B) serta ahli jawatankuasa tertinggi PVTLDM.

“PVTLDM telah mengetengahkan pelbagai isu melibatkan veteran, antaranya soal penyelarasan pencen, semakan syarat pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada veteran tidak berpencen, perluasan projek perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) serta pensijilan berdasarkan kemahiran dan pengalaman,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Tambah beliau lagi apa yang dibangkitkan insya-Allah akan diberi perhatian sewajarnya dalam usaha memastikan kepentingan warga berkenaan terjaga.

“Saya beri komitmen bahawa kementerian ini akan memberikan perhatian terhadap perkara yang telah dibangkitkan.

“Segala bantuan dan keperluan tentera dan para veteran sentiasa ditambah baik setiap tahun. Semua ini dilakukan demi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga dan terpelihara,” tambahnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.