Apa Jua Situasi Dan Senario, Jangan Lupa ‘Roadmap’ UMNO – Ghulam

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Ghulam Muzaffar Ghulam Mustakim berpandangan dalam apa jua keadaan dan senario, ‘road map’ UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 amat penting dan parti harus ke depan sebaiknya.

Katanya pelbagai isu dan polemik yang melanda parti, ia tidak seharusnya menjadi batu penghalang atau sebaliknya kepada ‘road map’ UMNO untuk berdepan PRU akan datang.

“Janganlah kita ahli parti mudah termakan dengan dakyah-dakyah mereka yang ingin memecahbelahkan kesatuan serta keharmonian yang ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau lagi apa pun keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak, UMNO perlu ‘move on’ dan ‘business as usual’.

“Sejak perkhabaran Lembaga Pengampunan membuat keputusan ke atas rayuan Datuk Seri Najib seminggu lepas, ramai ‘haters’ Presiden yang menanguk di air keruh.

“Betul dan tidak dinafikan kes Datuk Seri Najib Razak penting namun agenda serta ‘road map’ UMNO untuk menghadapi PRU16 juga penting.

“Apa pun tanggapan negatif orang ramai termasuk ahli-ahli UMNO terhadap agenda serta hala tuju UMNO selepas rayuan pengampunan penuh buat Datuk Seri Najib gagal, insya-Allah jalan serta sinar untuk Datuk Seri Najib masih ada.

“Di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan masih boleh diguna pakai untuk memohon ‘mercy’ dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong ke-17. Yang penting kita ahli-ahli UMNO yang sayangkan Datuk Seri Najib perlu sabar dan berusaha,” tambahnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.