PUTRAJAYA 6 Feb–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi Kerajaan Negeri berpeluang bertemu dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini. Beliau berfokus kepada perancangan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura. Johor dan Singapura boleh memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk menjana lebih banyak aktiviti ekonomi yang dapat mengukuhkan kedudukan rantau berkenaan. Kami telah memberi jaminan kepada Kerajaan Negeri Johor untuk membantu perancangan bagi SEZ ini dengan menawarkan khidmat nasihat, malah bantuan daripada pejabat satelit MITI dan agensi di Johor dan Singapura