Penyerahan Projek Perumahan ‘Better Bright Home’

ALOR GAJAH, 4 Feb — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua, kanan) menyerahkan replika kunci rumah kepada penerima Rohani Karim (dua, kiri) pada Majlis Penyerahan Projek Perumahan ‘Better Bright Home’ @ Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2023 Peringkat Negeri Melaka Serta Penyerahan Sumbangan TNB di Kampung Lubok Redan di sini hari ini.
Rohani, 60, yang merupakan ibu tunggal dan anak jati kampung berkenaan menerima rumah tiga bilik bernilai lebih RM65,000 yang dibina di bawah projek tersebut.
Turut hadir Pengurus Besar TNB Melaka Khairizam Ibrahim (kiri).

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.