Ayuh Kita Gerak Bersama…Tambahkan Kekuatan ‘UMNO Nismilan’ – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Wanita UMNO Jelebu diingatkan agar terus berpaut kepada semangat perjuangan parti dalam usaha memmastikan UMNO terus bergerak ke depan sekaligus menguatkan lagi kekuatan parti di Negeri Sembilan.

Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata semangat mereka cukup tinggi dan perngorbanan serta perjuangan mereka sejak daripada dahulu hingga ke hari ini tidak pernah luntur berjuang untuk parti bersama dengan yang lain.

Kata beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, semangat itulah yang harus dikekalkan dan masing-masing perlu terus berpaut kepada semangat berkenaan yang akhirnya akan dapat membantu parti mencapai kegemilangan.

“Semalam hi-tea Wanita UMNO Bahagian Jelebu dihadiri ramai pemimpin akar umbi yang menjadi tonggak bakti kepada parti dan masyarakat. Saya ingatkan kepada semua yang hadir untuk saling berpaut atas semangat perjuangan parti. Jangan berbalah dan berpecah belah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis hi-tea Wanita UMNO Bahagian Jelebu, di sini petang semalam. Turut serta pimpinan Wanita UMNO setempat.

Pada majlis berkenaan, UMNO Jelebu turut meraikan lapan  veteran Wanita Umno bahagian berkenaan mengenang pengorbanan mereka selama ini.

Jalaluddin seterusnya mengajak semua pihak dan seluruh jentera parti untuk masing-masing menguatkan gerak kerja bagi memastikan UMNO negeri berkenaan terus utuh dan kukuh.

“Kali ini, ayuh kita gerak bersama untuk tambahkan kekuatan ‘UMNO Nismilan’…Kukuhkan permuafakatan…kukuhkan semangat perjuangan, insya Allah,” tambahnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.