KUALA LUMPUR 23 Jan–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir untuk mendengar taklimat daripada Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) yang telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif MiDAS Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran di sini hari ini.
Pelbagai perkara telah dibentang dan dibincangkan, termasuklah berkenaan peranan institut tersebut sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan pertahanan dan keselamatan, perancangan terkini serta cabaran semasa yang dihadapi.