Kesiapsiagaan Awal Jentera Parti Penting Untuk Capai Kemenangan – Bung Moktar

KINABATANGAN, 24 Jan – Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu bersiap siaga lebih awal untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dan mengelak daripada bekerja pada saat akhir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ini kerana tempoh sehingga tarikh tamat mandat PRN ke-16 akan berakhir pada tahun hadapan bukanlah suatu jangka masa yang lama.

“Tempoh dua tidak lama bagi parti politik menghadapi pilihan raya. Sebab itu kita kena bersedia sentiasa.

“Tidak mustahil PRN akan diadakan lebih awal dari tempoh tersebut dan jika pilihan raya mungkin diadakan lebih awal daripada tarikh akhir penggal (tempohnya akan jadi lebih singkat) kita perlu bersiap siaga dan melakukan persediaan lebih awal,” katanya ketika berucap merasmikan program Permukiman DUN Lamag dekat sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Bung yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan mahu semua ahli dan pemimpin UMNO khususnya di DUN Lamag bersedia dengan strategi dan taktik untuk memenangi PRN kali ini.

“Kita perlu fokus membela rakyat, UMNO sebagai sebuah organisasi yang bersistematik tidak menghadapi banyak masalah untuk melaksanakan gerak kerja jentera parti asal semua bersatu hati dan tahu peranan masing-masing,” katanya.

Bung berkata memang banyak serangan pihak lawan seterus manipulasi politik termasuk di media sosial namun mereka lupa mereka dahulu adalah dari parti yang sama tetapi lantaran mengajar pangkat dan kedudukan malah untuk kepentingan peribadi maka parti ditinggalkan dan kepentingan rakyat diabai.

“Justeru kita perlu terus menjuarai isu-isu rakyat. Rakyat menilai dan mereka sudah pasti tidak akan memberi sokongan kepada pihak yang hanya bercakap, banyak slogan tapi masalah rakyat terutamanya berkaitan isu pembangunan insfrastruktur asas masih menjadi beban kepada rakyat,” jelas Bung.

Dalam perkembangan lain Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mahukan setiap Bahagian UMNO di negeri ini aktif dalam penggunaan media sosial yang bukan sahaja menjadi medan hebahan segala program yang dilaksanakan tapi perlu memanafaatkannya untuk menyampaikan isu berkaitan masalah rakyat serta penjelasan serangan dari seteru politik terhadap pemimpin dan parti UMNO.

“Kita faham mereka menguasai media sosial dan portal dalam talian kerana adanya bayaran kepada yang mengendalikanya, tapi kita jangan biarkan segala tomahan dan fintah yang akhirnya akan menjadi presepsi negatif kepada rakyat malah kita yang perlu aktif beri penjelasan kepada rakyat sebagai pembaca,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Jaafar Abd Wahid

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.