PUTRAJAYA 17 Jan–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menerima Sumbangan Tabung Peace4Palestine daripada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di sini hari ini.
Sumbangan berjumlah RM185,000.00 telah diserahkan kepada Datuk Zahairi Baharim, Setiausaha Bahagian Asia Barat Kementerian Luar Negeri.