Pengisytiharan Lipis Sebagai Geopark Kebangsaan

LIPIS 18 Jan–Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Pengisytiharan Lipis Sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh Lipis pada hari ini.
Daerah Lipis telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pada 9 November 2023 sebagai Geopark Kebangsaan ke-11 di negara ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit