PEKAN, 18 Jan — Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff meninjau jambatan panel kelili bermodula atau lebih dikenali jambatan bailey yang dipasang di Kilometer 73 Seksyen 102 FT12 Lebuhraya Kuantan-Segamat hari ini.
Jambatan sementara itu dipasang bagi kemudahan pengguna jalan raya akibat berlakunya jalan mendap di situ. Bagaimanapun laluan itu masih ditutup kerana kerja menyiapkan laluan alternatif belum siap sepenuhnya.