PUTRAJAYA 16 Jan–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPS) Bilangan 1 Tahun 2024. Mesyuarat ini diadakan bagi meneliti keputusan dan mengemaskini pelaksanaan gerak kerja oleh kementerian-kementerian, jabatan dan agensi utama terlibat mengenai perkara ini. Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.