Penyampaian Sumbangan Kepada PIBG Sekolah-Sekolah

Masjid Tanah 15 Jan – Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berbesar hati dapat bersama-sama pada Majlis Makan Malam bersama Pengetua, Guru Besar dan Yang Dipertua (YDP), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sempena Penyampaian Sumbangan kepada PIBG Sekolah-Sekolah di Parlimen Masjid Tanah, malam tadi.
Majlis ini merupakan pengiktirafan di atas segala jasa, pengorbanan serta khidmat bakti warga pendidik sekalian dalam mendidik anak bangsa di negeri ini.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit