PEKAN, 11 Jan — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni mangsa banjir ketika melawat Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Semai Bakti, Felda Chini Satu harı ini.
Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.