Kunjungan Daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia

 PUTRAJAYA 9 Jan–
Menteri Perladangan dan Komoditi YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini menerima kunjungan daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), yang dihadiri oleh Pengerusi MPOA Dato’ Lee Yow Chor serta barisan kepimpinan persatuan.
Menerusi kunjungan berkenaan, beberapa perkara telah dibincangkan secara bersama, antaranya isu dan cabaran dalam industri sawit, pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) oleh Kesatuan Eropah (EU) dan berkaitan pekerja asing.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.