HAWA: Kita Mesti Berada Dalam Satu Pasukan, Terjemah Tanggungjawab Penuh Komitmen – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan HAWA untuk sentiasa berada di dalam satu pasukan Barisan Nasional (BN) dan menterjemahkan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen.

Jelasnya, satu perubahan drastik perlu di bawa oleh parti khususnya untuk menarik minat rakyat yang ‘atas pagar’.

 

“Apabila parti mendepani masalah, kita tidak boleh statik, jumud… kita mesti berubah. Badan induk dan sayap berjalan dengan baik. Yang penting apabila ‘game changer’, satu perubahan drastik diperlukan untuk menarik minat rakyat yang tidak menyokong mana-mana ahli parti politik.

“Ini harus dimainkan oleh HAWA kerana HAWA mempunyai peranan lain selain daripada sayap-sayap dan badan induk. Itu sebabnya Tan Sri Shahrizat berada di sini. Dengan keadaan itu saya berkeyakinan penuh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 nanti kita berjalan seiring,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan pada Majlis Doa Selamat Pembukaan Pejabat HAWA di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Menurutnya, beliau memberikan tanggungjawab kepada HAWA untuk menyantuni badan bukan kerajaan (NGO) dan turut menzahirkan rasa kagum di atas komitmen mereka selama sembilan bulan ini.

“Jangan rasa kecil hati, jangan rasa bahawa peranan itu harus dimainkan oleh pihak ini dan sebagainya. Kita mesti berada di dalam satu pasukan iaitu pasukan Barisan Nasional (BN).
Apa yang penting untuk Wanita UMNO melalui RISDA, kita ada PEWARIS dan kolej atau institusi TVET.

“Tetapi untuk menangani NGO yang tidak ada sempadan itu, im giving you guys the tasking to lead the rule. Apabila kita diberikan tanggungjawab, kita mesti menterjemahkan tanggungjawab ini dengan penuh komitmen, jangan hanya untuk kita tetapi kita buat dengan niat kerana Allah.

“Apabila kita jaga Allah, pasti Allah akan jaga kita. Dalam keadaan itulah saya kagum, tempoh sembilan bulan ini HAWA telah bergerak dan meluncur dengan begitu laju. Saya turut menghargai Wanita, Puteri dan Pemuda,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau yakin bahawa Kerajaan Perpaduan yang berusia lebih setahun ini bakal diteruskan dengan sebaiknya.

“Sekarang ini apabila ‘game changer’ dilakukan bukan setakat hanya di dalam, ‘I know slowly but surely’. Kita ketepikan semua perbezaan jika ada di kalangan kita, kecil atau besar… yang penting kita mesti bergerak di dalam sebuah pasukan yang padu di kalangan kita.

“Inilah harapan saya, mudah-mudahan dalam kerajaan yang lebih satu tahun ini saya yakin apa pun langkah yang dilakukan kita mesti istiqamah bahawa Allah telah menentukan, kita teruskan.

“Bukan hanya reda tetapi meneruskan bahawa Allah merestui kita berada semula di dalam kerajaan sekarang ini. Kita hanya menang 26 tetapi kita ada tujuh menteri. Ketujuh-tujuh menteri kita sangat perform dengan baik. Alhamdulilah,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.