Melancarkan Pangkalan Data Utama

PUTRAJAYA, 2 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri), Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (tiga, kanan), Menteri Digital Gobind Singh Deo (dua, kiri) dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (kiri).
PADU, yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.