Hisham Suhaily Yakin Kerajaan Perpaduan Bawa Negara Lebih Maju Dan Stabil

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Exco Wanita UMNO, Hisham Suhaily Othman melahirkan keyakinan terhadap keupayaan Kerajaan Perpaduan untuk terus memacu negara yang kini berada dalam landasan terbaik.

Ini kerana katanya kesatuan dan kesepakatan rakyat amatlah penting dalam membentuk sokongan kepada kerajaan demi masa depan negara yang lebih maju tanpa sebarang konflik.

“Saya berkeyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan negara hari ini mampu memacu negara kepada keadaan yang lebih maju, stabil, aman dan makmur. Paling penting rakyat memerlukan kehidupan yang bahagia terutamanya untuk generasi muda pada masa hadapan.

“Kita harus bersyukur kerana selama setahun tempoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan kesejahteraan dapat dikecapi. Kita perlu memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang ada agar hasilnya lebih baik lagi. Kita sudah mendapat sebuah negara yang stabil, aman, makmur dan sejahtera,” katanya.

Tambah Hisham Suhaily lagi, selama pentadbiran Kerajaan Perpaduan segala permasalahan dapat diselesaikan dan rakyat nampak keberhasilan dari pucuk pimpinan di bawah kerajaan hari ini.

“Kita mahukan kerajaan yang ditadbir sekarang ini tidak seperti kerajaan terdahulu yang setiap hari ada masalah timbul dan tidak dapat diselesaikan, tetapi pada hari ini Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dapat menyelesaikan permasalahan dengan lebih baik.

“Rakyat pernah merasakan pentadbiran yang tidak stabil serta menimbulkan kegusaran pada semua. Ini cukup jauh berbeza apabila Kerajaan Perpaduan mentadir demi rakyat.

“Perdana Menteri serta Kabinetnya mampu untuk memacu negara dan juga menangani segala permasalahan yang dihadapi rakyat. Ini menunjukkan keprihatin kerajaan membantu rakyat tidak kira dari mana golongan terbabit,” jelasnya.

Ujarnya, setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan menunjukkan persefahaman dan komitmen semua gabungan parti politik dalam kunci kepada kestabilan kerajaan.

“Pelbagai dasar yang direncanakan Kerajaan Perpaduan dapat dilaksanakan malah setiap keputusan atau rancangan yang dirangka adalah praktikal mengikut keperluan rakyat dan ekonomi negara,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.