Pemimpin Perlu Lihat Segenap Sudut Berusaha Bawa Kemajuan, Pembangunan Masyarakat – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setiap pemimpin perlu melihat dari setiap sudut dengan sedaya upaya bagi kemajuan dan pembangunan masyarakat.

Dalam satu perkongsian di laman X, Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi telah mengadakan pertemuan santai bersama kepimpinan masyarakat di Felda Bukit Waha di Kota Tinggi.

“Pertemuan ini bagi mendalami apa sahaja perkara dan cabaran yang dihadapi masyarakat serta mencari jalan untuk menyelesaikannya.

“Sebagai pemimpin, kita perlu melihat dari segenap sudut akan usaha-usaha yang mampu membawa kemajuan dan pembangunan masyarakat,” kata Menteri Pertahanan itu lagi.

Jelasnya lagi, beliau juga mengambil maklum akan keperluan yang telah diutarakan sepanjang pertemuan tersebut antaranya seperti tempat penyembelihan, penambahbaikan surau, sekolah dan sebagainya.

“Saya percaya dengan berkat kesepakatan dan kerjasama yang diberikan, kita mampu memberikan khidmat bakti yang terbaik demi kesejahteraan masyarakat, insya-Allah,” katanya. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.