JOHOR BAHRU, 13 Dis — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada Majlis Konvokesyen KUIJSI ke-21, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru.
Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Azmi Rohani.