KUALA LUMPUR, 8 Dis — Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan saman trafik sehingga 50 peratus sempena penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Program itu berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad dan pelbagai aktiviti serta program diadakan.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 Nov tahun lepas.