NANNING 6 Dis–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka melawat Stesen Radio dan Televisyen Guangxi, hari ini.
Lawatan ini cukup penting bagi membincangkan bentuk kerjasama khususnya untuk siaran langsung pelancaran kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) pada malam 31 Disember ini.