JASIN, 3 Dis — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merasmikan Karnival D’Bendang di Kem Benteng Negara Parit Penghulu di Sungai Rambai, hari ini.
Pelbagai pertandingan menarik diadakan pada karnival ini antaranya menangkap ikan, fustal, bola jaring, pukul bantal, memancing puyu, tarik tali dan panjang tiang. Turut hadir Timbalan EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, merangkap ADUN Sungai Rambai Siti Faizah Datuk Abdul Azis, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, merangkap ADUN Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh dan EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.