Salahkah BN Failkan Petisyen Batal Kemenangan Pas?

Satu laporan kajian oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) yang dijalankan selama 12 hari bermula 29 Oktober hingga 9 November lalu mula tersebar ketika perang kempen PRK Kemaman sedang berlangsung.

Dapatan kajian itu kononnya 61% responden tidak bersetuju dengan tindakan BN memfailkan petisyen membatalkan kemenangan PAS dalam PRU15 Parlimen Kemaman yang lepas.

53% responden anggap keputusan Mahkamah Pilihan Raya terhadap keputusan petisyen tidak konsisten dan 52% responden lagi beranggapan keputusan tersebut didorong oleh motif politik.

Sementara 58% responden berpendirian bahawa pemberian bantuan tunai oleh Kerajaan Negeri kepada beberapa kumpulan penerima golongan rentan tidak menjadi masalah.

Kajian itu juga mendapati sejumlah 74% responden mengatakan mereka akan keluar mengundi.

Kajiannya katanya dijalankan secara temu bual dalam talian, panggilan telefon serta bersua muka, melibatkan 1,356 orang responden.

Ada yang mempersoalkan apa perlu kajian itu dibuat? Adakah berniat untuk mempertikaikan keputusan mahkamah?

Atau sengaja mahu bermain sentimen politik menjelang PRK Kemaman pada 2 Disember depan?

Atau juga cuba mencipta persepsi buruk kepada sistem perundangan pilihan raya dengan meletakkan kesalahan terhadap pihak yang memfailkan kes?

Isunya di sini adalah bukan perkara remeh. Isunya adalah KESALAHAN MERASUAH PENGUNDI pada PRU15 lalu yang sepatutnya tidak disukai oleh semua pihak kerana dilarang di dalam Islam.

Soalnya, mengapa pula PAS yang kononnya anti rasuah dan di dalam kempen politiknya sejak sekian lama mempotretkan parti itu bersih dari amalan rasuah tetapi telah dibuktikan bersalah kerana terbabit dengan amalan jijik itu di dalam PRU15 yang lalu.

Sekadar bertanya, adakah amalan itu sudah sekian lama bercambah dan berakar umbi di dalam parti PAS? Kalau betul, PAS ibarat menuding jari yang satu kepada pihak lain terlibat rasuah tetapi empat lagi jari menuju arah diri sendiri yang juga terbukti terbabit rasuah.

Malangnya, dalam kes PRK Kemaman, pengundi kini dimomokkan pula dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO dan BN kerana memfailkan petisyen sehingga terbatal kemenangan PAS di Parlimen Kemaman pada PRU yang lalu.

Paling pelik, mengapa PAS dan ahli-ahlinya seperti tidak kisah dan menerima pemimpinnya mengamalkan politik merasuah pengundi demi untuk meraih kuasa politik, seolah-olah mereka menghalalkan perkara yang mereka kata HARAM.

Orang Tranung kate kalu kena batang idung dia dok ape belake. Kena batang idung orang saloh belake.

Adakah dosa dan pahala dalam kamus PAS berlainan dengan yang tertera di dalam Al-Quran? Adakah haram bagi orang lain tetapi halal bagi PAS?

TEPUK DADA TANYA IMAN.

#anokjatikemamang

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit