Kongres Ekonomi Bumiputera : Satu Platform Terbaik Dan Manfaat Untuk Semua

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Persidangan meja bulat sempena Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), berlangsung dengan jayanya.

Majlis perasmian kolokium itu disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini petang tadi.

Secara umumnya, kolokium berkenaan mendapat respon memberangsangkan daripada kepimpinan UMNO dan lebih 200 peserta menghadiri kolokium tersebut.

Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera merupakan satu platform terbaik dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.

Terdapat empat sesi yang memberi penerangan tentang Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang didahului oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai Setiausaha Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera, pembentangan Ketua Pegawai Eksekutif Peneraju Agenda Bumiputera.(Teraju) Junaidy Nawawi.

Seterusnya pembentangan oleh Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Seri Mohd Zaidi Zakaria manakala penggulungan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pogram tersebut  turut memberikan ruang serta  peluang kepada mereka yang hadir untuk berdialog dan bertukar fikiran dengan panel-panel forum berkenaan.

Rata-rata kepimpinan bahagian menyifatkan pengajuran program seumpama itu membuka peluang kefahaman berkenaan ekonomi bumiputera.

Penerangan yang diberikan memberi imput yang terbaik sekaligus dapat memberi nilai tambah bagi manfaat ekonomi bumiputera .- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.