SEATTLE 9 Nov– Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz mengadakan Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Seattle dan berjumpa dengan Global Agri Trade Corporation, sebuah pembekal utama kepada industri seperti ladang tenusu, industri dan pengeluar makanan, serta pengeluar barangan penjagaan diri.