KOTA KINABALU 8 Nov — Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi meninjau perkembangan projek pembangunan Hospital UMS dan melawat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.Turut berkesempatan melawat Galeri Azman Hashim UMS yang menempatkan ruang pameran, promosi dan jualan pelbagai karya berteraskan Borneo oleh pengkarya seni Malaysia.